Back

Jurulatih Sport Rebreather

JURULATIH SPORT REBREATHER

Ambil langkah dan menyertai Jurulatih Selam Sedunia - Hidup dan menyelam di lokasi-lokasi selam terindah di Dunia!

TUJUAN UTAMA KURSUS

Kursus Pembangunan Jurulatih direka untuk melatih peyelam yang berkelayakan di Tahap 4 RAID atau yang setara dengannya, akan menggunakan program RAID untuk mengajar/melatih Rebreahter dan Litar Terbuka program RAID dari Tahap 1 hingga Tahap 4, menyelam tidak melebihi waktu penyahmampatan (Decompression) sehingga ke kedalaman maksima 40 meter/132 kaki.

PRA-SYARAT

Umur minimum 18 tahun (tertakluk kepada undang-undang tempatan).
Telah melengkapkan dan lulus Rebreahter RAID Tahap 1, 2, 3 dan bahagian akademik jurulatih Kuiz Pantas dan Peperiksaan.
Telah melengkap minimum satu atau lebih kursus Pengkhususan RAID .
Telah mendapat pensijilan Tahap 4 dive master RAID atau yang setara dengannya.
Telah mempunyai mimina 100 jam selaman log.
Mempunyai jumlah jam selaman mengunnakan Rebereahter sepertimana yang diperincikan di dalam program Pengkhususan Jurulatih. - Sila lihat di bahagian pengkhususan untuk maklumat lanjut.
Mengemukakan Rebreahter Tahap 3 RAID pensijilan menyelamat dan/atau yang setara dengannya dan telah melengkapaan kemahiran di air, dimana Pengajar Jurulatih akan berpuas hati dengan kemahiran yang dimiliki. Pernah melakukan program Tahap 3 Rebreahther RAID dengan membawa alternatif udara sokongan yang di bawa disamping penyelam.(Sangat digalakan untuk melakukan kursus Teras Tahap 3 dengan sepenuhnya).
Mengemukakan Rescue Breathing/Latihan CPR yang terkini dan pensijilan jurulatih Oxygen Provider. (DAN/setara dengannya).
Tertakluk kepada pra-syarat program Jurulatih Pengkhususan Rebreather.

Bukti dokumen yang diperlukan dalam pra-syarat hendaklah diserahkan kepada Pusat Menyelam IT RAID dan Pengajar Jurulatih akan memberi kebenaran untuk melakukan latihan di air.
Telah melengkapkan program praktikal Pembangunan Jurulatih RAID bersama Pengajar Jurulatih atau Jurulatih Pemeriksa.

TUGAS-TUGAS JURULATIH

Seorang Jurulatih Sport Rebreather RAID yang telah mendapat pensijilan boleh mengajar mengikut terma dan syarat dan mengikut Piawaian Menyelam Umum RAID:

Seseorang yang menyelam mengunakan litar terbuka.
Seseorang yang menyelam mengunakan program Rebreather RAID dimana jurulatih telah melengkapkan dan lulus Kursus Pengkhususan dan disahkan boleh menyelam mengunakan peralatan miliknya.
Memantau dan/atau mengetuai aktiviti selaman reakreasi.
Membantu Jurulatih utama RAID semasa sesi latihan di air.
Mengetuai selaman untuk penyelam yang sudah ada pensijilan sehingga ke had maksima kedalaman 40 meter/132 kaki.
Menagiringi pelajar semasa latihan dia air.
Mengekalkan keahlian RAID.
Mengekalkan sikap sebagai pemimpin ketua selam sepanjang masa apabila mewakili RAID.

KANDUNGAN KURSUS

IDP merangkumi tetapi tidak terhad kepada:

Pembelajaran akademik secara online, e-pembelajaran, pembentangan akademik, kuiz peperiksaan dan kemahiran pratikal seperti yang dinyatakan.
Menkaji kemahiran meyelam peribadi.
Stamina dan kemahiran air
Senario Menyelamat
Tugasan Pengurusan Risiko

Garis panduan untuk Jurulatih dalam pengenalan dan pemahamam pembangunan:
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
Tahap 4

Menjalankan program bahagian 1 dan 2

Bahagian 1: Penyelam Pelajar
Tahap 1 Latihan (sebenar/simulasi)
Tahap 3 Latihan (sebenar/simulasi)

Bahagian 2: Kepimpinan menyelam
Rebreather atau litar terbuka, ulasan skuba
Mencuba Rebreather atau mencuba Selaman Lita Terbuka
Orientasi kawasan selaman setempat
Mengetuai penyelam yang telah ada pensijilan bersiar dan berseronok.

Sesi Air Terbatas dan Air Terbuka , mempunyai jumlah minimum 6 jam di dalam air dengan menggunakan rebreather dan penyelam sudah ada pensijilan untuk menngunakan/menyelam.

AKADEMIK

Menyelam secara Umuml
Persekitaran
Peralatan Menyelam
Fizik
Psikologi
Menyelamat
Pengurusan

NOTA: Seorang Jurulatih Sport Rebreahter RAID yang melenkapkan dan berjaya dalam Program Pengkhususan Jurulatih untuk setiap rebreather, jurulatih boleh meyediakan kelas tuisyen.

PENSIJILAN tertakluk kepada:

Lengkap dan lulus Peperiksaan jurulatih RAID yang dilakukan oleh Jurulatih Pemeriksaan (IE) RAID dalam tempoh 6 bulan dari tarikh membeli program Jurulatih Sport Rebreather dan melengkapakan latihan IDP.
Jumlah mimimum jam log seperti yang diperincikan telah lengkap.
Semua kemahiran Air Terbatas dan Air Terbauka telah diakui dan diterima secara online.(melalui laman web RAID) telah menguasai kemahiran pensijilan pelajar dan jurulatih RAID.
Pusat Selam RAID telah mengesahkan pensijilan melalaui laman web RAID.

Kesemua diatas adalah tertakluk kepada Piawaian Menyelam Umum RAID dan boleh berubah tanpa notis.


E&OE